April 18, 2017

Detoks Untuk Badan Yang Lebih Sihat

Selalu kalau kita biasa nak beli suplemen atau makanan tambahan, orang akan tanya dulu samada dah start detoks atau belum ? Betul tak? Malah, kadangkala nak beli pencuci muka pun salesgirl suruh detoks dulu. 

Kenapa ye?
Jadi, kenapa perlu detoks secara berkala?
  • Detoksifikasi (detoxification), ialah salah satu proses penyingkiran toksin yang terkumpul, berlebihan di dalam badan kita selama ini. 
  • Amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kerap makan makanan proses dan tidak berkhasiat.

Anda perlu mulakan detoks sekarang jika ada tanda-tanda ini : 
  • Selalu Sembelit dan sistem penghadaman yang terganggu serta tidak lawas. Ini juga boleh sebabkan badan tidak dapat serap nutrisi sepenuhnya. 
  • Pertambahan berat badan mendadak serta mudah letih. 
  • Kulit wajah kusam serta banyak jerawat. 
  • Badan lebih mudah penat dan lebih mudah jatuh sakit serta sukar tidur malam.

Bagaimana cara badan kita detoks:

Badan kita juga akan alami proses detoks secara semulajadi melalui sistem perkumuhan. Organ-organ utama yang membentuk sistem perkumuhan adalah kulit, hati, usus besar, buah pinggang serta paru-paru kita. 

Selain itu, buah-buahan serta sayuran hijau dapat membantu proses detoks seterusnya membersihkan dalaman badan kerana mengandungi enzim dan serat yang berfungsi menguraikan toksin berbahaya serta bantu proses penghadaman dan percernaan. 


Detoks Cara Shaklee

Apabila badan kita dah mengumpul toksin dengan begitu lama, jadinya organ-organ yang berfungsi untuk singkirkan semua toksin tadi semakin lemah. Toksin yang terkumpul membebankan keupayaan badan untuk menyingkirkan toksin. Maka, jadi tugas kita untuk sokong proses detoks tubuh dengan cara yang lebih meyeluruh dan lebih efisien.

Program Detoks Cara Shaklee merangkumi seluruh badan dengan :
  • Vivix berfungsi untuk baiki sel-sel badan yang rosak serta beri tenaga ke seluruh badan.
  • Alfalfa berfungsi untuk membantu penghadaman kerana kaya dengan fiber dan juga dapat menyingkirkan logam dan toksin dari badan kita. 
  • DTX complex 
  • Herblax untuk melancarkan penghadaman serta membantu masalah sembelit yang teruk.,
  • Peppermint Ginger berfungsi untuk buang angin dalam usus dan dapat melancarkan pencernaan. 




Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Malaysia

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali


CLICK SINI : +60129054745 

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

sumber : [1]

April 17, 2017

Punca kencing tak lawas dan cara mengatasinya

Punca kencing tidak lawas

Kencing tidak lawas atau terjadi apabila air kencing yang keluar seakan tidak habis dan tersekat-sekat.

Antara sebab terjadi nya masalah kencing tidak lawas disebabkan oleh pundi kencing yang tidak  dapat berfungsi sepenuhnya kerana disebabkan oleh kanser prostat pada lelaki.

Pembesaran prostat yang disebabkan oleh kanser prostat membawa kepada penyempitan salur kencing. Disebabkan ini, aliran air kencing adalah menjadi lemah dan tidak tus. Pada peringkat yang lebih teruk air kencing tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya maka, jangkitan kuman pada salur kencing akan terjadi.

Pembengkakan prostat punca kencing tidak lawas : sumber

Antara yang berisiko untuk mengalami masalah kencing tidak lawas adalah: 

  • Lelaki yang pernah jalani pembedahan prostat atau pesakit kanser prostat,
  • Mempunyai kerosakan saraf akibat penyakit seperti kencing manis, strok, atau kecederaan lain,
  • Mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing,
  • Dikalangan lelaki, masalah kencing tidak lawas berlaku kerana berlakunya jangkitan kuman pada pundi kencing (kencing kotor),
  • Mungkin terdapat batu di dalam pundi kencing. 
Cara atasi Masalah Kencing tak lawas dengan suplemen:

  • Amalkan Garlic Complex berfungsi sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi yang bagus untuk mencegah jangkitan kuman,fungus dan kulat. 
  • Alfalfa Complex mempunyai kadar alkali yang sangat tinggi mampu meneutralkan kadar asid tubuh badan. Alfalfa complex dapat membantu menyingkirkan bakteria juga dapat cegah kanser serta bantu kurangkan masalah bengkak air.
  • Peppermint Ginger Plus dapat bantu membuang angin dalam usus selain melegakan senak perut.  
Anda dicadangkan agar membuat pemeriksaan doktor untuk memastikan kencing tak lawas yang dialami tidak disebabkan oleh penyakit kronik seperti kanser.


Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Malaysia

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali

CLICK SINI : +60129054745 

sumber : [1]. [2].

Petua hilangkan sakit kepala dengan cepat

Alhamdulillah sepanjang 33 tahun nih rasa jarang juga sakit kepala, kalau sakit pun biasa nya tak lama. Tapi kali ni saya nak cerita pengalaman pergi ke Jogjakarta cuti sekolah March lepas. Apa kaitannya ? Saya diserang sakit kepala yang sangat teruk sampai rasa nak menangis. Baca sini trip saya ke Jogja.

Punca sakit kepala


Sakit kepala adalah sakit yang dapat dirasai di mana sahaja di atas leher atau bahagian kepala dan boleh menjadi hasil daripada pelbagai pencetus atau sebab-sebab seperti stress, kurang rehat, migrain, kurang darah (aneamia) atau sedang demam. 

Contoh jenis sakit kepala : sumber 


Jadi, apa cerita nya tu?


Okey, mula-mula plan asal cuti nak pergi ke Bukittinggi , Indonesia je dalam 4 hari 3 malam dengan keluarga besar saya. Tapi , keluarga sebelah suami pun plan juga nak ke Jogja lepas kami balik dari Bukittinggi tuh. Saya okey jela macam biasa kemas-kemas barang. 

Flight ke Jogja tu pagi sehari lepas balik dari Jogja. Nak jadikan cerita, flight dari Padang ke KL delay jadinya sampai ke KL dah agak lewat. Esok saya kena terus naik flight ke Jogja pula. Saya rasa tak sampai 2 jam pun saya tidur malam tu.

Mungkin sebab kepenatan yang belum reda tu, dan masa tu pula keadaan cuaca yang tak berapa baik ketika penerbangan memang agak mencabar, saya rasa mual dan pening kepala sangat teruk sepanjang 2 jam setengah tempoh terbang ke Jogja. Rasa sakit macam nak ketuk kepala sendiri. Kebetulan sebiji ubat panadol pun saya tak bawa dan memang saya tak plan bawa. 

Jadi, macam mana saya nak buat?
  • Masa tu, pertama sekali saya minta suami tolong jagakan anak-anak dulu sepenuhnya. alhamdulillah, suami sangat membantu ketika itu.
  • Saya cuba pejamkan mata dan ambil peluang rehat sambil tenangkan diri. Saya dapat rasa masa tu saya dalam keadaan yang agak tertekan disebabkan kurang rehat dan keadaan kapal terbang yang agak beralun disebabkan cuaca buruk (turbulence)
  • Istighfar banyak-banyak dan kurangkan fikir yang bukan-bukan.
  • Minum air dengan cukup, perlahan-lahan kerana masih mual. Jadi jika air diminum dengan sekaligus boleh trigger untuk terus muntah.

Alhamdulillah, sampai juga ke Jogja, sebaik turun kepala masih sakit cuma tak seteruk ketika dalam flight.

Apabila dah sampai ke hotel dan berehat, saya ambil Ostematrix 2 biji untuk bantu kurangkan masalah sakit kepala saya. Kalau berjalan-jalan jauh selalu nya ostematrix memang dah jadi kewajipan ada dalam senarai kena bawa. Memang sangat-sangat membantu kurangkan sakit kepala.

Dalam Ostematrix nih ada Magnesium yang dapat mengekalkan metabolisma kalsium yang membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migrain berlaku . Selain itu bantu mengurangkan sakit kepala akibat migrain.

Inilah ostematrix yang saya bawa ke Jogjakarta

Selain tu, amalan pengambilan B-complex juga dapat kurangkan stress dengan cara membantu melancarkan peredaran darah, tingkatkan metabolisme dan kurangkan masalah percernaan.

Jadi, kalau ikutkan pengalaman, itulah kali pertama saya rasa sakit kepala yang amat sangat. Masa tu saya rasa dah faham macam orang lain yang memang ada migrain sakit. Tak terbayang macam mana nak tanggung sakit tu.


Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Kulai, Johor

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali

CLICK SINI : +60129054745

April 12, 2017

Petua kurangkan Parut Chicken Pox

Seingat saya, masa kena chickenpox atau biasa kita sebut demam campak masa tu di sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor. Masa tu sekolah asrama pula, memang seronok sebab boleh balik rumah dua minggu. Doktor bagi MC supaya tak la merebak satu asrama. 

Masa tu, saya kena chickenpox yang jenis besar-besar, jadi bila dah kering tu parut memang agak dalam dan teruk juga. Malu rasa nak balik asrama dengan muka berparut.

chicken pox : sumber

Ingat lagi, arwah abah belikan vitamin C sampai berbotol dengan minyak ikannya bawa balik asrama supaya parut-parut tu makin pudar dengan suplemen tadi. Shaklee belum terjebak lagi masa tu hehe.

Kalau dulu-dulu, antara Petua yang biasa orang kita gunakan nak cepatkan baik dan kurangkan parut ialah;
  • Minum air kelapa muda untuk keluarkan semua chickenpox.
  • Banyakkan minum air kosong untuk kurangkan panas disebabkan demam.
  • Ikut petua orang-orang tua lagi, kalau kena chickenpox ni jangan makan kicap sebab nanti parutnya akan lebih hitam (ini tak pasti mungkin ada benarnya atau tak, ikut individu punya keadaan badan) 
  • Sapu bedak sejuk pada bahagian yang kena tu untuk kurangkan gatal-gatal. 
  • Kurangkan makananan yang boleh sebabkan kegatalan/alergi seperti makanan laut.

Jadi, Apakah sebenarnya Chicken Pox ni?

  • ChickenPox ni istilah lainnya adalah Cacar Air atau Demam Campak yang disebabkan oleh virus varicella-zoster. Tanda-tanda biasa pesakit adalah alami demam dan batuk serta ruam berisi air akan mula keluar dan melepuh. 
  • Biasanya, pesakit demam campak atau chicken pox akan ambil masa dari 10 ke 14 hari untuk sembuh. 

Demam Campak boleh berjangkit dengan pelbagai cara termasuk:

  • Melalui medium udara apabila penghidap batuk atau bersin. 
  • Secara sentuhan terus dengan penghidap apabila virus ini yang berbentuk cecair  jika terkena pada orang lain.
Dan, kalau nak tahu jika antibodi kita ni lemah ada potensi untuk kena jangkitan semula tau. Seram dengar.

Nanti saya sambung lagi cerita chickenpox nih masa betul-betul sebulan sebelum bernikah.

Shaklee pun ada set untuk Chickenpox untuk membantu penyembuhan dan menghilangkan parut dengan cepat dan selamat

Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Kulai, Johor

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak 
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)

CLICK SINI : +60129054745


April 10, 2017

Leptospirosis, Bahaya Kencing Tikus dan Cara mencegah

Apakah Leptospirosis?


Leptospirosis adalah nama saintifik bagi penyakit kencing tikus yang merupakan berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika orang yang dijangkiti tidak dirawat dengan segera, penyakit ini boleh merebak dan akhirnya boleh membawa maut. 

Menurut satu kenyataan akhbar daripada KKM, jangkitan leptospirosis boleh terjadi apabila terdapat pendedahan secara langsung antara manusia dengan haiwan yang dijangkiti mahupun di persekitaran yang tercemar dengan bakteria Leptospira.


Penyakit leptospirosis bersifat endemik yang mana boleh terjadi di merata tempat di seluruh dunia, terutamanya di negara beriklim tropika seperti Malaysia. 

Antar risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti penyakit leptospirosis adalah seperti berikut:

  • Pekerjaan yang terdedah kepada haiwan – pengendali haiwan ternakan dan haiwan peliharaan,
  • Pekerja ladang seperti petani, peladang, pesawah dan lain-lain,
  • Pekerjaan yang melibatkan aktiviti air dan aktiviti di hutan seperti bomba dan tentera,
  • Melakukan aktiviti rekreasi yang terdedah kepada air dan tanah tercemar seperti berenang,
  • Mengunjungi dan menikmati hidangan dari premis makanan yang kotor.

Gejala dan simptom penyakit kencing tikus :

  • Mengalami batuk yang berpanjangan
  • Berasa loya, muntah, cirit birit, sakit sendi, sakit tulang.
  • Berasa sakit perut
  • Mengalami demam berlanjutan atau suhu badan melebihi suhu normal antara 38 hingga 40 
  • Mengalami radang pada selaput mata.
  • Rasa sakit pada otot serta otot menjadi keras.
  • Terdapat perubahan bunyi pada peparu, sesak nafas atau naik ruam pada kulit. 
Kita digalakkan untuk sentiasa menjaga kebersihan tempat tinggal dan juga persekitaran untuk mencegah penyakit kencing tikus daripada terus menular. Selain itu sentiasa menyimpan makanan atau minuman dengan selamat supaya tidak dicemari. 

Biasakan dengan amalam mencuci tangan dengan sabun sebelum makan serta bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan berkelah di tempat terbuka seperti kawasan sungai dan air terjun.

Bagaimana Meningkatkan Sistem Imun Tubuh :



  • Nutriferon bertindak sebagai penggalak sistem imun tubuh badan (immune booster) dengan mengaktifkan sistem pertahanan imuniti  dalam sistem imuniti badan 
  • Vivix membantu meningkatkan imun sistem tubuh serta menggalakkan kesihatan baik dengan memelihara DNA tubuh untuk memastikan sistem tubuh dapat berfungsi dengan baik.
  • Vitamin C pula dapat bantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Jika anda mengalami tanda-tanda penyakit kencing tikus, jangan bertangguh untuk dapatkan rawatan. 



Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Kulai, Johor.
COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak 
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)

CLICK SINI : +60129054745

: sumber rujukan : [1] ; [2] 

April 06, 2017

Tips untuk ibu menyusu


Ramai ibu-ibu yang sudah bersedia seawal kehamilan lagi segalanya dari pakaian bayi, persiapan ke hospital, dan semestinya suplemen dan set berpantang yang nak digunakan ketika berpantang. 

Tidak lupa juga set suplemen atau makanan tambahan yang diperlukan untuk pastikan bekalan susu untuk anak tersayang cukup sepanjang masa. 

contoh stok susu ibu

Tips untuk ibu menyusu sentiasa sihat adalah;
  • Salah satu cara untuk pastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga dan ceria adalah dengan pengambilan vitamin dan nutrisi yang cukup. Lebih-lebih lagi ketika tempoh penyusuan. Apabila badan ibu sihat dan tidak mudah letih, ibu akan lebih bersemangat untuk bekalkan susu ibu yang cukup kepada anak.
  • Pengaruh emosi yang stabil ketika tempoh penyusuan juga merupakan antara perkara yang sangat berkait. Ibu yang bertenaga dan sihat boleh mengurus waktu untuk penyusuan secara teratur.
  • Ibu yang terganggu dari segi emosi boleh merencatkan pengeluaran susu ibu. Gangguan emosi boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti; pertama kali menjadi ibu, kurangnya sokongan keluarga terdekat, masa yang terhad untuk pam susu kerana bekerja dan sebagainya serta keletihan yang melampau.

 Antara konsep penyusuan susu ibu yang popular dan terbukti berkesan adalah;

Konsep "Supply & Demand" yang bermaksud semakin banyak permintaan (Demand) contohnya, bayi menyusu dengan kerap atau susu kerap dikeluarkan, maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan. 
Jadi, untuk pastikan susu sentiasa dihasilkan maka ibu-ibu digalakan untuk sentiasa kosongkan breast dengan cara pam setiap 3 jam jika bekerja mahupun di rumah untuk dijadikan stok kemudian hari. 

 Set Penyusuan Shaklee


Antara perkara penting selain ilmu penyusuan yang cukup , pengambilan suplemen  yang sesuai juga dapat membantu bekalkan nutrien dan zat secukupnya untuk pembesaran bayi. Mesti ibu-ibu nak anak yang dikandung 9bulan 10 hari membesar bagikan juara dan sihat kan?

Jadi , apakah yang patut anda lakukan? Dengan masalah sejagat dimana pencemaran berlaku setiap hari disekitar kita, makanan yang diubahsuai tanpa nutrisi yang sepatutnya, dan juga makanan yang diambil tidak cukup nak bekalkan semua jenis vitamin dan nutrisi yang sepatutnya di ambil oleh ibu menyusu. 



Disamping memberi tenaga kepada ibu, set bekalan nutrisi Shaklee dapat mengisi 'lompong' atau gap nutrisi yang diperlukan oleh ibu bagi menjamin susu yang dihasilkan berkhasiat untuk si manja seterusnya kesihatan ibu juga terjaga.



WhatsApp : +6012-9054745 / +60111-0832620
E-Mail : haulia.razali@gmail.com
Follow FB Haulia untuk  pertanyaan serta update info terkini


CLICK UNTUK WHATSAPP SAYA

March 29, 2017

Melawat Daerah Istimewa Yogyakarta Indonesia (PART 1)

Hi, Assalamualaikum semua.

Entry kali nak cerita family trip ke Yogyakarta (Jogja) cuti sekolah pertengahan March lepas. Alhamdulillah , percutian yang di plan rasa tak sampai sebulan berakhir dengan baik.

Mount of Merapi

Ostematrix jangan ditinggal yea

Sebelum rancang percutian nih, saya dah memang nak bawa Aisyah bercuti dengan keluarga lain ke Bukittinggi, Sumatera Barat Indonesia. Jadi, apabila keluarga sebelah suami rancang ke Jogja, maka memang straight la satu minggu cuti kami akan berada di Indonesia.

Selamat tiba dengan flight Airasia


Kota Jogja adalah sebuah kota tertua kedua di Indonesia yang sangat unik dengan kesan sejarah pertembungan budaya antara pelbagai agama dan adat resam. Di sini juga terdapat pelbagai keunikan bentuk muka bumi nya yang berbukit bukau, selain gunung berapi yang terkenal dengan letusan terkuatnya pada tahun 2010, gunung Merapi. 

Kesan-kesan letusan dan perkampungan yang musnah ketika letusan masih ada sehingga kini. 

Untuk lawatan kali ni, kami tak pergi naik Merapi Lava Tour kerana faktor anak yang masih kecil, dan tak berapa di galakkan oleh pak supir. Jadi, cuma tengok live Merapi dari Ketep Pass, Magelang. Subhanallah, memang sangat-sangat indah kejadian tuhan sambil tu gerun juga lepas tengok video letupan terkuat 2010 yang ada disediakan di sini.

Pemandangan Gunung Merapi dari Ketep Pass


Bermula nya kembara kami:


Perjalanan kami sekeluarga dari KLIA2 menaiki kapal terbang Airasia ke Jogja mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit merentasi selat melaka , Bandung dan seterusnya tiba di Jogja jam 9.00 am. Sebelum ke sana, kami dah siap-siap buat tempahan perjalanan dengan Supir Wahyu (Info dari Tripadvisor dan Facebook).

Setibanya di Jogja, wakil driver iaitu Pak Didik telah sedia menanti , kami sekeluarga menaiki Innova cukup muat untuk 5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Mula-mula sampai biasa dah lapar, kami berhenti minum dan makan soto terbaik ikut kata pak supir.

Kemudian perjalanan kami terus ke tempat lawatan yang pertama iaitu Muzium Kraton Yogyakarta. Kraton atau Istana ini menyimpan tentang berbagai kesenian, hasil budaya, bentuk rumah adat jawa yang cantik. 

Persembahan Gamelan di Kraton

Waktu lawatan hanya dari pukul 9.00am hingga 12.00 pm kerana Kraton yang juga disebut sebagai Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat ini masih diduduki oleh Sri Sultan Hamengku Buwono X, yang kini adalah Gabenor di Yogyakarta.

Selepas habis pusing sambil belajar sejarah kesultanan di Jogja, maka nya harus la kami pergi makan. Anak-anak pun nampak dah mula kepenatan, sebab bangun awal untuk flight pagi. Jadi, pak supir bawa kami sekeluarga ke restoran yang sangat terkenal di sini, Gudeg Yu Djum.

Mula nya pak supir tanya nak ke dapur nya atau makan biasa sahaja. Saya confius juga kan nak makan di dapur ke ? Rupanya, dapur itu maksudnya nak tengok cara penyediaan Nasi Gudeg yang sangat terkenal di Jogja. Terus minta ke dapur.

Nasi gudeg ini merupakan makanan traditional masyarakat jawa di daerah Jogja. ianya adalah nangka muda yang di masak berhari-hari sehingga kering. Hidangan ini boleh dimakan dengan ayam kampung, telur atau telur tauhu. Masa tu kami semua sepakat pilih telur sebab baru nak cuba nih ambil yang paling ekonomi supaya tidak terbazir.

Ini lah dia Nasi Gudeg yang popular tuh

Rasa dia memang manis dan agak kering. Boleh cuba lagi jika ke sini lagi.

Okeh, habis sudah makan siang (lunch), sambung lagi jalan ke Fort Vredeburg yang dibangunkan ketika pemerintahan Belanda di Indonesia.

Pintu masuk ke Fort Vredeburg

Keadaan di dalam Fort Vredeburg

Benteng ini dijadikan muzium setelah Indonesia merdeka dan dapat juga dilihat kesan-kesan peninggalan dan rekabentuk Belanda pada sekitar bangunan foto-foto lama disini.

Selesai jalan-jalan di sini, kami ke hotel untuk check-in dan berehat memandangkan perjalanan kami bermula agak awal (seawal jam 4pagi ke airport) jadi, kami sepakat untuk berehat di hotel dahulu sehingga masa makan malam. Waktu di Jogja awal satu jam dari Malaysia jadi, malam nya akan lebih awal seawal jam 6.

Ok laa, sampai disini dulu nanti akan di sambung PART 2 pula. Hari pertama kami belum cukup ahli lagi sementara menunggu tiba, adik kepada suami yang tidak dapat ke sini bersama kerana urusan kerja. Jadi hari ke-2 perjalanan akan diteruskan di bumi Yogyakarta setelah semua orang ada. 

Whatsapp +6012-9054745


Categories

alpha lipid alpha lipid SDII murah Amanah Allah aneamia Antioksida antioksidan arteri tersumbat banner percuma bell palsy bell's palsy Bercuti ke Bukittinggi bercuti ke jakarta chewable vitamin c chicken pox Collagen CoQ Heath Plus demam demam campak detox DTX Complex ESP ESP Shaklee Euphoria Shaklee NDT 2017 Garlic gastrik GLA Complex Herb-lax herbal blend ikhtiar doa sembuhkan patah tulang ikhtiar pulihkan gastrik immune system iron Join ahli shaklee join shaklee Joint Health Tablet journey to the East kahwin Kebaikan ostematrix shaklee kehamilan KENCING TIDAK LAWAS kencing tikus Keracunan Makanan Kesihatan Hati kesihatan ibu hamil Kesihatan jantung kesihatan tulang. kebaikan kalsium khasiat bawang putih Kota Kinabalu kulat air Kulit cantik kurang bertenaga kurang darah Kurangkan Bengkak Susu kurus Landmark Study lawas Lecithin Leptospirosis Melawat Yogyakarta Indonesia mengandung Mighty 3 Gems minyak ikan murah Naikkan traffic blog Omega Guard Padang Indonesia patah dan retak tulang tulang pengajian Pengedar Shaklee kulai Pengedar Shaklee Kulai dan skudai Performance Drink Performance Drink (PD) petua naikkan like rehydrates ruam panas SAKIT KEPALA sakit lutut sakit sendi SAKIT SENDI DAN LUTUT sembelit senggugut SEO set hamil Set Kulit cantik Set menyusu SET PENYUSUAN shaklee slim dengan shaklee Slip Disc SR Vitamin C Supplement Set untuk student Testimoni ostematrix shaklee Training dan seminar vita-lea vitamin E Vitamin shaklee Vivix weight management Xi'an China zat besi